Bagaimanakah memperbaharui RESIT ALAT PEMADAM API?
Resit alat pemadam (H13) telah ditukarkan kepada Barcode Sticker setelah sistem eFEIS berkuatkuasa pada 1 Jun 2013. Proses untuk memperbaharui Resit Alat Pemadam Api adalah seperti berikut :
- Pemilik Alat Pemadam Api (APA) hendaklah membawa APA yang ingin diperbaharui atau alat pemadam api yang baru ke syarikat penyelenggara alat pemadam api yang telah berdaftar dengan sistem eFEIS. Senarai syarikat yang telah berdaftar dengan sistem eFEIS boleh dirujuk di Portal eFEIS iaitu http://efeis.bomba.gov.my.
- Syarikat penyelenggara (kontraktor) alat pemadam api tersebut hendaklah membawa alat pemadam api dan surat yang telah diisi oleh pemilik alat pemadam api ke pusat-pusat eFEIS yang berhampiran. Terdapat 108 pusat eFEIS di seluruh Malaysia.
- Pegawai di Pusat eFEIS akan meneliti permohonan dan memastikan alat pemadam api tersebut berada dalam keadaan baik untuk mendapatkan barcode sticker. Segala data akan disimpan di dalam system eFEIS secara berkomputer dan tidak boleh dipinda.
Adakah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menyediakan khidmat PEMBELAJARAN AWAM?
Ya, Ada. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menyediakan khidmat PEMBELAJARAN AWAM melalui pameran, ceramah dan demontrasi peralatan kebombaan.
Dimanakah Borang Perakuan Bomba boleh diperolehi ?
Borang Perakuan Bomba boleh diperolehi dengan pergi sendiri ke tempat di bawah :-
- Bahagian Keselamatan Kebombaan Ibu Pejabat yang berlokasi di Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya.
- Bahagian Keselamatan Kebombaan Negeri-Negeri iaitu Ibu Pejabat Negeri-Negeri Seluruh Malaysia.
- Bahagian Keselamatan Kebombaan Daerah-Daerah iaitu Balai Bomba dan Penyelamat Daerah-Daerah Seluruh Malaysia.
- Bahagian Keselamatan Kebombaan Zon-Zon iaitu Balai Bomba dan Penyelamat Zon-Zon (Buat masa ini cuma di Negeri Sabah dan Negeri Sarawak).
ATAU bagi yang berada jauh bolehlah menulis surat permohonan kepada tempat yang dinyatakan di atas.
Bagaimanakah mendapatkan SURAT SOKONGAN PERLESENAN?
Surat Sokongan Perlesenan boleh didapatkan daripada Balai-Balai Bomba dan Penyelamat di seluruh Malaysia.
Bagaimanakah cara mendapatkan salinan LAPORAN KEBAKARAN?
Salinan Laporan Kebakaran boleh didapati daripada Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat di Negeri-negeri, Daerah-Daerah dan Zon-Zon.
Bagaimanakah hendak menjadi Teman Pili Bomba?
- Keahlian program ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat yang berumur 18 tahun ke atas.
- Penyertaan hendaklah menggunakan Borang PB2001 yang boleh didapati di semua Balai Bomba dan Penyelamat yang berhampiran.
- Borang hendaklah dibuat dalam 3 salinan dan majukan kepada Ketua Balai untuk dipertimbangkan.
- Ketua Balai akan menyemak permohonan seterusnya membuat pertimbangan dan sokongan.
- Ketua Balai akan mengemukakan permohonan kepada Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri dan mendapatkan/mengeluarkan surat perlantikan.
- Surat perlantikan daripada Pengarah Negeri kepada Ketua Balai.
- SIJIL TEMAN PILI BOMBA akan dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri kepada Bapa atau Ibu Angkat Pili Bomba.
Bagaimanakah hendak menubuhkan Bomba Sukarela?
- Mengemukakan borang permohonan bagi Pendaftaran Pertubuhan kepada Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat peringkat negeri.
- Jabatan Bomba dan Penyelamat (sekretariat) peringkat negeri akan memproses borang permohonan.
- Setelah borang permohonan diproses, Jabatan akan mengemukakan borang permohonan kepada Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Negeri untuk mendapatkan kelulusan.
- Setelah mendapat kelulusan permohonan dari Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Negeri kemudian akan dimaklumkan kepada pasukan yang berkaitan.
Apakah kursus yang dianjurkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia untuk Agensi Awam dan Swasta dan bagaimanakah untuk memohon kursus yang ditawarkan?
1. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ada menganjurkan kursus untuk agensi awam dan swasta. Objektif utama penganjuran kursus ini adalah untuk memberi pendedahan kepada orang awam tentang pencegahan dan keselamatan kebakaran di bangunan, bagaimana menggunakan alat pemadam api mudah alih yang sediada dibangunan dan kaedah menyelamatkan diri apabila berlaku kebakaran. Kursus ini mengambil masa selama 5 hari bekerja dan dianjurkan di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Kubu Bharu Selangor dengan kekerapan satu siri setiap bulan.
2. Cara memohon kursus ialah dengan mengisi borang didalam laman web Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia fram.bomba.gov.my dan dialamatkan kepada YS Komandan, Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jalan Padang Tembak, 44000 Kuala Kubu Bharu, Selangor.
Apakah jenis kursus yang ditawarkan untuk pekerja yang bekerja di sektor kilang dan perindustrian dan bagaimanakah untuk memohon kursus tersebut.
1. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ada menganjurkan kursus untuk pekerja yang bekerja disektor perkilangan dan perindustrian. Jenis kursus yang ditawarkan ialah Kursus keselamatan kebakaran kilang dan Industeri. Kursus ini ditawarkan di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Kubu Bharu Selangor. Tempoh kursus ini adalah selama 5 hari bekerja.
2. Cara memohon kursus ialah dengan mengisi borang didalam laman web Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia www.fram.edu.my dan dialamatkan kepada YS Komandan, Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jalan Padang Tembak, 44000 Kuala Kubu Bharu, Selangor.
Bagaimanakah cara untuk mengadakan ceramah perlindungan kebakaran kepada masyarakat.
Resit alat pemadam (H13) telah ditukarkan kepada Barcode Sticker setelah sistem eFEIS berkuatkuasa pada 1 Jun 2013. Proses untuk memperbaharui Resit Alat Pemadam Api adalah seperti berikut :
- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sentiasa berusaha dan berharap setiap warga masyarakat tahu tentang pencegahan dan keselamatan kebakaran khususnya dirumah dengan mengadakan kempen-kempen kesedaran keselamatan kebakaran.
- Masyarakat setempat boleh memohon Jabatan bomba dan penyelamat Malaysia untuk mengadakan ceramah tentang kaedah pencegahan dan keselamatan kebakaran dirumah melalui kesatuan penduduk atau wakil penduduk dengan cara memohon kepada Ketua Balai Bomba yang paling hampir dengan penempatan. Ceramah yang disampaikan tidak dikenakan bayaran.
Bagaimanakah pemunya/penghuni bangunan atau premis boleh mendapatkan Laporan Mengenai Punca Kebakaran (LPK 1)?
Pemunya/penghuni bangunan atau premis boleh mendapatkan Laporan Mengenai Punca Kebakaran (LPK 1) setelah mengemukakan Salinan Laporan Kebakaran dan Kecemasan (SLKK) dari Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di negeri-negeri
Adakah mana-mana syarikat insuran dan pihak peguam boleh mendapatkan salinan Laporan Mengenai Punca Kebakaran (LPK 1) daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia?
Hanya pemunya/penghuni bangunan atau premis yang boleh mendapatkan salinan Laporan Mengenai Punca Kebakaran (LPK 1).-
Berapa lama tempoh masa yang diambil bagi sesuatu Laporan Mengenai Punca Kebakaran (LPK 1) dikeluarkan?
Laporan Mengenai Punca Kebakaran (LPK 1) akan dikeluarkan dalam tempoh 14 hari dari tarikh kejadian.
Bagaimanakah cara untuk membuat pembayaran kompaun?
Pembayaran kompaun boleh dibuat secara tunai atau menggunakan wang pos, cek atau bank deraf. Pembayaran secara tunai boleh dibuat di Ibu Pejabat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di negeri-negeri serta di Zon. Manakala jika bayaran menggunakan wang pos, cek atau bank deraf hendaklah dialamatkan kepada Ketua Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Apakah tindakan pemunya premis sekiranya masih menyimpan tabung halon atau masih menggunapakai sistem pencegahan kebakaran menggunakan halon?
Penggunaan halon sebagai media pemadaman telah dilarang di Malaysia di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKTA 127), oleh itu Pemunya atau pemilik haruslah menggantikan sistem pencegahan tersebut dengan halon alternatif. Selain itu pemilik premis mestilah menghantar tabung lama halon untuk dikitar semula ke Pusat Perancangan dan Penyelidikan Kebombaan (PUSPEK) Bandar Baru Enstek, Nilai, Negeri Sembilan dibawah seliaan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan JBPM.
Apakah fasiliti /kemudahan yang disediakan oleh Pusat Penyelidikan kebombaan (PUSPEK)?
Pihak Pusat Penyelidikan kebombaan (PUSPEK) mempunyai 2 buah Makmal Kebakaran, Makmal Kimia, Makmal Fabrik, Perpustakaan, Bank Halon Malaysia, Kafeteria, Bilik Seminar dan Bilik Transit.
Apakah instrumen penyelidikan yang terdapat di Pusat Penyelidikan kebombaan (PUSPEK)?
Instrumen penyelidikan yang terdapat di Pihak Pusat Penyelidikan kebombaan (PUSPEK) adalah Hydrostatic Test Facility, Room Corner Test, Dual Cone Caloriemeter, Halon Recycle Machine, Fire Resistance Test Furnace, Cardiopulmonary Exercise Training (CPET), Fire Suppression Room dan lain-lain instrumen.
Jenis-jenis pengujian yang boleh dilaksanakan di Pusat Penyelidikan kebombaan (PUSPEK)?
Pusat Penyelidikan kebombaan (PUSPEK) telah melaksanakan ujian seperti Ujian Fabrik, Ujian Fire Suppression for Clean Agent, Vacuum Test for Suction Hose, Hydrostatic test for Hose and Breathing Apparatus Cylinder, Heat Release Heat, Flash Point, Fire Point, Hydrogen Index Test, Cardiopulmonary Exercise Training.
0 comments:
Post a Comment