Lagu Bomba
Sejarah
Pada hari ini dalam tahun 1964, berlangsung upacara perasmian Balai Bomba Pusat di Georgetown, Pulau Pinang. Upacara ini disempurnakan oleh Dato Bandar Georgetown, Encik C.Y Choi Balai Bomba Pusat ini terletak di atas kawasan seluas 7 ekar dan dibina pada tahun 1949 di bawah Majlis Pebandaran Pulau Pinang . Balai Bomba Pusat ini dilengkapi dengan perumahan pegawai dan anggota. Selain itu Balai Bomba Pusat juga memberi tumpuan dalam menyediakan latihan kepada anggota bomba, khususnya aspek keselamatan dan kebakaran.Balai Bomba Pusat juga pernah menjadi ibu pejabat Jabatan Perhidmatan Bomba Pulau Pinang. Sejajar dengan penukaran nama Jabatan Perkhidmatan Bomba kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan pada 21 Februari 1997 Balai Bomba Pusat di tukar nama kepada Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak.
Subscribe to:
Posts (Atom)
0 comments:
Post a Comment