Beberapa gambar yang sempat diambil oleh anggota bertugas dari Balai Bomba Jalan Perak semasa Operasi Pemadaman Kebakaran Hutan di Bukit Gambir, Pulau Pinang.Untuk makluman semua kebakaran tersebut telah memakan masa hampir 3 hari, yang melibatkan keluasan anggaran 8 ekar.
Rentetan daripada jumlah keluasan tersebut, terdapat beberapa tompokkan api di beberapa spot/tempat yang berlainan turut dilihat di sekitar bukit tersebut yang bermula dari belakang asrama USM, hingga ke kawasan belakang Jade View Apartment.
Usaha memadam turut dibantu oleh anggota dari Balai Bomba Balik Pulau dan Balai Bomba Penanti.Kebakaran masih dalam keadaan terkawal, namun usaha untuk menyekat kemerabakkan api masih diteruskan.
Jutaan terima kasih kepada masyarakat yang begitu prihatin membuat laporan kepada pihak bomba dengan segera.Tindakan anda mampu membantu pihak kami untuk mengenal pasti spot/tempat yang terbakar serta memudahkan pihak kami untuk menyekat kemerabakkan api tersebut.
Kami sentiasa berada di lokasi untuk tujuan pemadaman dan pemantauan agar kebakaran tersebut dapat dipadamkan sepenuhnya dengan secepat mungkin.
#JPKWithCommunity
#SiapSediaSetiapMasa
#KeepCalmStayAlert
Lagu Bomba
Wednesday, March 4, 2020
Subscribe to:
Posts (Atom)